Sekadar
utk renungan bagi menilai..ttg hati......
Hati
Nah,
ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati
kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik
sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima
kasih.... ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke...
tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri
sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...
Maksud
kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak
pernah
beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku
sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan
sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit,
permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban
yang tersendiri.
Mistik?
Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia
juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang
yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah
dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini
akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
bukan satu
benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang
terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang
daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku
insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering
bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan.
Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada
musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku
memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah
seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang
istimewa.
Hati
aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah
memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang
pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan
hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap
hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!
Cuma
satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka,
kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa
yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini,
mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga
hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk
suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah
kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah
untuk
hati itu kembali indah.